. Anugerah Untuk Pegulat Nasional | Al-Qolamu

Al-Qolamu

Inspirasi Pencerah

Home » » Anugerah Untuk Pegulat Nasional

Anugerah Untuk Pegulat Nasional

Di kota Baghdad ada seorang Sayyid (keturunan Rasulullah s.a.w.) yang sangat miskin dan mempunyai seorang anak gadis. Ia tidak mempunyai uang untuk menikahkan anak gadisnya itu. Oleh itu ia pun membuat pengumuman kepada orang masyarakat bahawa dia hendak melaksanakan adu tenaga dengan Junaid Al-Baghdadi (seorang pegulat nasional). Atas perintah raja, pertandingan pun dilaksanakan. Banyak orang yang mengkhawatirkan Sayyid karena Junaid memang bukan tandingannya.

Sebelum pertandingan berlangsung, Sayyid berkata kepada Junaid: "Wahai Junaid ! Aku tahu engkau adalah seorang pegulat professional yang tangguh. Sebenarnya aku sama sekali tidak pernah bermimpi melawan engkau, tetapi keadaan memaksa aku mengambil keputusan ini. Wahai Junaid, dengarlah kata-kataku ini, aku adalah seorang Sayyid, aku terlalu miskin dan tidak mampu mengadakan pesta perkawinan untuk anak perempuanku. Jika engkau bersedia memberi kemenangan kepadaku dan menerima kekalahan, dapatlah aku menggunakan hadiah-hadiah kemenangan itu untuk perkawinannya. Sebagai balasannya aku akan memohon kepada datukku (Muhammad s.a.w.) agar memohon pengampunanmu di akhirat kelak."

Kata-kata Sayyid sangat berkesan di jiwanya, ia pun bersetuju. Dalam perlawanan itu orang ramai menjadi terkejut apabila melihat Junaid tewas ditangan seorang yang lemah. Sayyid diberi hadiah dan annugerah oleh Khalifah. Pada malam itu Junaid telah bermimpi bertemu dengan Rasulullha; Baginda berkata kepadanya: "Wahai Junaid! Engkau telah menghormati anak cucuku dan memuliaka darjat seseorang disebabkan ia mempunyai pertalian keturunan denganku dan tidak memperdulikan kedudukan serta kemuliaan dirimu dimata orang ramai. Kerana budimu yang mulia itu, engkau dilantik sebagai Sayyid Al-Tho'efa (Panglima Pegulat yang ahli sufi)."

Terima Kasih Atas Kunjungannya, Silahkan Komentar Anda: